LOJI RAWATAN LEACHATE

Sebuah loji rawatan leachate yang berteknologi tinggi telah dibina untuk merawat sisa buangan yang terhasil dari tapak pelupusan. Kaedah rawatan loji adalah berdasarkan tindakbalas biologi dengan bahan kimia untuk mencapai tahap rawatan yang ditetapkan. Loji ini dilengkapi dengan 4 lagun rawatan (SBR), 24 kipas pengudaraan, sistem takungan dan suntikan bahan kimia, tangki pengimbang, loji pemekat mendapan dan sebuah loji pengapungan udara terlarut. Sistem SCADA mengawal semua pam dan injap, membolehkan loji beroperasi secara automatik. Loji ini berkapasiti mengendalikan lebih daripada 1,000 meter padu leachate sehari.
Leachate terawat disalurkan ke tapak rumpaian untuk rawatan akhir. Tapak rumpaian terdiri daripada tumbuhan spesis Phragmites yang berupaya menyerap sisa-sisa leachate yang telah dirawat untuk meningkatkan lagi kualiti rawatan. BTSL adalah tapak pelupusan pertama dan satu-satunya tapak pelupusan di rantau ini yang menggunakan proses ini dalam rawatan leachate.
4 buah kolam takungan di tapak ini menyediakan kapasiti takungan sebanyak 180,000 meter padu untuk menampung aliran leachate yang tinggi semasa musim tengkujuh. Kolam-kolam takungan ini juga mampu menakung leachate apabila loji rawatan leachate diselenggarakan.