TENAGA YANG DIPERBAHARUI

Dalam usaha pemuliharaan alam sekitar selain mengekalkan status sebagai tapak pelupusan bertaraf dunia, satu sistem pengurusan gas pelupusan yang komprehensif telah dibina di tapak pelupusan ini untuk mengurus dan merawat gas sisa pepejal. Menjana tenaga boleh diperbaharui dari LFG mendorong Kelestarian sumber semula jadi dengan mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil dalam pengeluaran elektrik.

Ini melibatkan rawatan dan pengurusan secara suaran atau pembakaran gas yang mana berupaya menjana 4.4 megawatt tenaga elektrik dari gas metana yang terhasil dari tapak pelupusan. Tenaga hijau yang terhasil melalui proses ini disalurkan kepada grid utama Tenaga Nasional Berhad di bawah skim Feed-in Tariff.

Pusat Tenaga Lestari Bukit Tagar

10.5MW Enjin Gas

Enjin Gas 1.2MW & 2 Unit daripada 2500Nm3/hr Suar

Sistem pengurusan gas tapak pelupusan di Bukit Tagar dibangunkan atas usaha sendiri pihak pengurusan syarikat. Tahap operasi yang dilaksanakan di sini adalah piawaian lebih tinggi dari tahap piawaian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar.Dalam usaha ini, tapak pelupusan Bukit Tagar telah merakamkan perolehan kredit paling tinggi untuk tapak pelupusan di Asia Tenggara dib awah skim CDM.

Tenaga hijau yang terhasil melalui proses ini disalurkan kepada grid utama Tenaga Nasional Berhad di bawah skim Feed-in Tariff. Loji penjanaan elektrik dari sumber biogas di tapak pelupusan Bukit Tagar ini adalah merupakan loji yang terbesar di Malaysia.

Dalam merencana matlamat agenda hijau, pihak pengurusan telah memulakan ujian projek tenaga suria di salah satu sel pelupusan yang telah mencapai had kapasiti dan kini ditutup.

Projek tenaga suria 125 kW ini sedang membuat penilaian beberapa pilihan panel penjana tenaga suria bagi menentukan kesesuaian teknologi yang boleh dimajukan untuk fasa seterusnya. Tenaga suria yang dihasilkan dari loji ini juga akan disalurkan kepada grid utama Tenaga Nasional Berhad di bawah skim Feed-in Tariff.

125 kilowatt pilot solar project

125 kilowatt pilot solar project

125 kilowatt pilot Projek Solar

Untuk tujuan tersebut, Berjaya Energies Sdn. Bhd. (syarikat milik penuh BEP) telah diperbadankan dalam memajukan usaha ini untuk jangka panjang.